Bekas penjaga gol kebangsaan, Azmin Azram Abdul Aziz, berhasrat melihat Harimau Malaya kempen Kumpulan F Kelayakan Piala Asia 2027 dengan kemenangan ke atas Vietnam.
Biarpun impian Malaysia untuk ke pusingan akhir Piala Asia di Arab Saudi tahun depan sudah pun tertutup rapat, bekas jurulatih penjaga gol Kong Anh Hanoi itu menegaskan anak buah Peter Cklamovski perlu meraih keputusan positif di Ninh Binh bagi membuktikan mereka masih antara pasukan terbaik di rantau ini.
Azmin Azram turut percaya skuad Naga Emas pastinya turun dengan misi balas dendam terutama selepas tewas 0-4 kepada Malaysia di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Jun lalu,
Harapan Malaysia untuk ke pentas Piala Asia 2027 lebur apabila berdepan hukuman pemotongan enam mata selepas AFC memutuskan skuad negara menurunkan pemain tidak layak beraksi dalam dua perlawanan pusingan kelayakan, iaitu ketika berdepan Vietnam dan Nepal.
“Saya yakin tidak mudah untuk keluar dan pemain datang ke Vietnam bukan untuk bersantai, sebaliknya fokus kepada perlawanan.
“Mereka perlu melunaskan misi. Saya nak lihat semangat juang. Kita tidak boleh mengalah begitu sahaja.
“Apa yang terjadi (ke atas Harimau Malaya kerana hukuman AFC — kena letak belakang dan pemain yang ada perlu tunjukkan kualiti..
“Saya nak tengok kita mengalahkan Vietnam di laman mereka sendiri,” katanya.