sukan

Hon Jian-Haikal Nazri langkah kanan di Switzerland

JUARA Orleans Masters Super 300, Choong Hon Jian-Mohd Haikal Nazri menyingkap Kejuaraan Badminton Terbuka Switzerland Super 300 di Saint Jakobshalle, Basel, dengan langkah kanan.

Hon Jian-Haikal mara ke pusingan kedua selepas menewaskan wakil Algeria, Kociela Mammeri-Youcef Medel 21-14, 21-10 dalam masa 25 minit bagi menempah gelanggang bagi pertemuan dengan Pharanyu Kaosamaang-Worrapol Thongsa-nga (Thailand).

Satu lagi beregu lelaki negara Low Hang Yee-Ng Eng Cheong juga mara selepas mengatasi wakil Mexico, Job Castillo-Luis Montoya Navarro 21-8, 21-18 (27 minit), bagi menempah pertarungan berdepan pilihan ketiga dari Indonesia, Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin.

Satu lagi beregu negara, Yap Roy King-Wan Arif Wan Junaidi juga mara selepas menang straight set ke atas beregu dari Denmark, Andreas Sondergaard-Jesper Toft 21-19. 21-18 dalam aksi 38 minit.

Arif Junaidi-Roy King akan berdepan pilihan keenam gandingan senegara Man Wei Chong-Tee Kai Wun yang menjinakkan beregu dari Taiwan, Lee Fang Chih-Lee Fang Jen.

Biarpun begitu Wei Chong-Kai Wun terpaksa akur kehebatan Fang Chih-Fang Jen 20-22 apabila dijinakkan lawan pada set pertama.

Set kedua, Wei Chong-Kai Wun tampil lebih agresif untuk menyamakan kedudukan dengan kemenangan 21-11 sebelum mengesahkan kemaraan dengan 21-19 dalam aksi 63 minit.

sumber:-SN

Beregu sensasi negara, Goh Sze Fei-Izzuddin Rumsani yang merupakan pilihan ketujuh turut mengesahkan kemaraan berdepan wakil dari Thailand, Supak Jomkoh-Kittinupong Kedren.