sukan

import Sri Pahang FC sangat positif

KUANTAN: Enam pemain import Sri Pahang FC, khususnya tiga pemain baharu menunjukkan komitmen tinggi dan semakin akrab bersama pemain tempatan sejak bersama dalam tempoh kira-kira tiga bulan.

Pengendali Tok Gajah, Fandi Ahmad mahu sikap itu dikekalkan bagi memastikan pasukan bersedia menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2024/2025 bulan depan.

“Alhamdulillah, mudah-mudahan akan lebih baik persembahan yang dipamerkan semua pemain apabila liga bermula nanti apabila hubungan mereka semakin akrab.

“Saya lihat kombinasi antara pemain lama dan baharu juga sangat positif, yang diharap membantu meletakkan Sri Pahang pada prestasi terbaik berbanding musim lalu

“Masing-masing mahu memberikan yang terbaik buat pasukan pada musim baharu ini dan ia begitu bagus buat Sri Pahang,” kata Fandi.

Ditanya posisi yang perlu diberikan penekanan sebelum Liga M, khususnya Liga Super bermula, Fandi berkata, ketika ini beliau lebih memberikan tumpuan di bahagian tengah dan pertahanan.

Menurutnya, selain itu apabila kehilangan bola, mereka perlu cepat bertindak dan lebih bertanggungjawab pada setiap perlawanan.

sumber:-BH

“Seharusnya aspek bertahan memerlukan komitmen tinggi dan pada masa sama, memanfaatkan segala peluang untuk melakukan jaringan,” katanya.