BEKAS ketua jurulatih skuad Projek FAM-MSN, Yusri Che Lah, beranggapan Indonesia sebagai halangan terbesar skuad negara di Kejohanan Piala Mandiri ASEAN B-23 yang dijadualkan bakal membuka tirai pada 15 Julai depan.
Yusri berasakan selain percaturan taktikal, aspek kekuatan mental juga bakal menjadi penentu kepada hala tuju perjalanan skuad kendalian Nafuzi Zain di kejohanan yang bakal berlangsung di bumi Jakarta, Indonesia itu.
Dia turut mengingatkan Harimau Muda untuk tidak mengambil mudah cabaran dua lagi pasukan yang menghuni kempen Kumpulan A iaitu Filipina dan Brunei sambil menyifatkan tidak mustahil kejutan mampu dilakar oleh pasukan yang berstatus bukan pilihan itu.
“Saya rasa Indonesia adalah saingan terbesar dalam mana-mana kejohanan, dan sudah pasti apabila diletakkan dalam satu kumpulan perlawanan akhir akan menentukan juara dan naib juara kumpulan.
“Pemain hari berfikir mengenai menguatkan mentaliti, bagaimana ingin menghadapi tekanan sebelum, semasa dan selepas.
“Senario sebelum ini Filipina dibarisi pemain warisan, jika memperkecilkan akan berlaku sesuautu yang diduga.
sumber:- stadium astro
“Saya yakin dengan Nafuzi Zain yang kita tahu corak serta karakter, mereka (pemain) perlu ambil peluang bukan untuk sertai kejohanan tetapi melakukan sesuatu yang lebih baik.” katanya.