sukan

Ini destinasi baharu Pan Gon

KUALA LUMPUR: Bekas pengendali skuad kebangsaan, Kim Pan Gon dijangka akan kembali ke Korea Selatan dengan Ulsan Hyundai mungkin menjadi destinasi seterusnya.

Spekulasi itu diperkuat menerusi laporan media Korea Selatan, Xports News selepas Pan Gon mengumumkan peletakan jawatannya dalam satu sidang media khas di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), hari ini.

“Jurulatih Kim Pan Gon yang cemerlang bersama skuad kebangsaan Malaysia dijangka akan kembali ke Liga Korea.

“Berkemungkinan destinasi seterusnya adalah Ulsan Hyundai susulan kekosongan ditinggalkan Hong Myung Bo,” kata portal Korea Selatan itu.

Sebelum ini, Myung Bo meninggalkan Ulsan Hyundai selepas dia mengambil keputusan untuk mengemudi skuad kebangsaan Korea Selatan.

Sementara itu, Pan Gon dalam sidang medianya petang tadi mengakui dia pernah menerima tawaran yang lumayan di China pada tahun lalu.

Namun tawaran itu ditolak memandangkan dia mahu meletakkan sepenuh fokus untuk membantu skuad kebangsaan.

sumber:-BH

“Saya mendapat tawaran lumayan di China pada Disember tahun lalu. Namun saya tolak kerana mahu fokus membawa Malaysia di Piala Asia,” kata Pan Gon.