sukan

ini hukuman UEFA terhadap Demiral

ISTANBUL: Presiden Recep Tayyip Erdogan menyifatkan penggantungan dua perlawanan UEFA terhadap pertahanan Turkiye, Merih Demiral kerana melakukan simbol ulta nasionalis sebagai tindakan yang ‘berunsur politik’ untuk mengaburi Euro 2024.

Erdogan membatalkan kunjungan ke Azerbaijan dan membuat keputusan ke Berlin bagi menyaksikan aksi suku akhir di Olympiastadion yang dihadiri puluhan ribu penyokong Turkiye.

Belanda bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Turkiye 2-1 bagi menempah slot ke separuh akhir Euro 2024.

Demiral yang meledak dua gol ketika menentang Austria, tidak dapat beraksi awal pagi tadi kerana hukuman penggantungan dua perlawanan oleh UEFA itu.

“Secara terang-terangan, larangan dua perlawanan UEFA terhadap Merih memberikan bayangan serius terhadap kejohanan.

“Ia sukar untuk dijelaskan, ia adalah keputusan politik semata-mata,” kata Erdogan yang dalam masa sama menyatakan keputusan itu sama sekali tidak menjejaskan motivasi pasukan.

sumber:-BH

“Di sebalik semua perkara negatif ini… kami menonton satu perlawanan yang mendebarkan.” – AFP