sukan

Irfan berjaya tarik minat kelab Jepun

KUALA LUMPUR: Pelatih Akademi Bolasepak Negara Mokhtar Dahari (AMD), Muhamad Irfan Aswad Roslan akan menjalani latihan percubaan bersama kelab Jepun, Shonan Bellmare.

Menurut kenyataan di laman Facebook National Football Development Programme – NFDP, kelab J1 League itu menunjukkan minat untuk mendapatkan khidmat Irfan.

Ia selepas kelab berkenaan menjemput pemain pertahanan berusia 17 tahun itu ke latihan percubaan bermula semalam hingga 11 November ini.

“Kerjasama antara AMD di bawah Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP) bersama kelab luar negara ini adalah inisiatif kesinambungan pelatih bukan sahaja di arena sukan bola sepak tempatan, malah menjadi pilihan kepada kelab luar negara.

“Pelatih ini akan diiringi oleh ketua jurulatih bawah 17 (B-17) tahun AMD, Mohamad Kuizwan Mohd Johari untuk bersama-sama memantau sesi latihan percubaan yang akan dijalankan,” kata NFDP dalam kenyataan itu.

Irfan berpeluang mengikut jejak langkah penyerang, Luqman Hakim Shamsudin yang menyertai Yokohama Sports dan Muhammad Abu Khalil yang ketika ini mewakili FC Osaka.

sumber:-BH

Sebelum ini, seorang lagi penyerang, Hadi Fayyadh Abdul Razak juga pernah melebarkan sayap di Jepun bersama Fagiano Okayama pada 2023.