sukan

Isteri bintang Selangor, Faisal Halim fail cerai?

Difahamkan, isteri kepada bintang Selangor, Faisal Halim, iaitu Nur Syazwani Mizuana Shahril memfailkan permohohan cerai terhadap pemain tersebut, hari ini.

Menurut laporan sebuah portal, sebutan kes tersebut berlaku di Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor di hadapan Hakim Syarie Mohd Hairuddin Ab Rahim.

Untuk rekod, tonggak utama Harimau Malaya itu sudah berkahwin dengan Syazwani selama enam tahun sejak 9 Mac 2019 dan mempunyai satu cahaya mata bernama Khalish Aryan.

sumber:- stadium astro

Pada usia 27 tahun, Mickey sudah melakukan 39 penampilan bersama Gergasi Merah dan meraih 32 kaps bersama skuad kebangsaan.