sukan

Jalaluddin imbau kejayaan julang Piala Malaysia 2014

KUANTAN: Bekas pemain Pahang, Jalaluddin Jaafar tidak menyangka pada usia 39 tahun ketika itu, dia antara pemain yang membantu skuad Tok Gajah menjulang piala berprestij berkenaan.

Pada musim itu juga, Jalaluddin yang kini bergelar penolong jurulatih Sri Pahang FC turut mencipta kejayaan muncul juara Piala FA dan Piala Sumbangsih.

“Bagi saya musim 2014 adalah kenangan manis yang tidak akan dilupakan kerana sebelum itu (2013) Pahang turut menjulang piala berprestij itu.

“Saya harap selepas 11 tahun menanti ke pentas final, skuad kali ini akan melakukannya sekali lagi biarpun berdepan saingan getir Johor Darul Ta’zim (JDT) yang juga juara bertahan,” katanya.

Ditanya peluang berdepan Harimau Selatan itu, Jalaluddin tidak mahu skuad itu terlalu memikirkan ketiadaan dua import, Kpah Sherman dan Manuel Hidalgo di pentas akhir itu.

Sebaliknya, katanya semua pemain perlu lebih bersedia kerana mempunyai tempoh kira-kira tiga bulan daripada sekarang untuk membentuk pasukan yang benar-benar mantap.

“Ini kerana mereka akan berdepan JDT yang diakui berada pada prestasi terbaik dengan pengalaman yang dimiliki pemainnya.

sumber:-BH

“Tetapi pemain perlu bekerja keras dan memberi tentangan terhadap pemain lawan jika mahu muncul juara,” katanya.