Malaysia dan Johor Darul Ta’zim (JDT) berdepan risiko pemotongan mata dalam saingan Kelayakan Piala Asia mahupun Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) yang berada di bawah kendalian Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).
Hal ini disahkan sendiri oleh Setiausaha Agung Konfiderasi Bola Sepak Asia (AFC), Datuk Seri Windsor Paul, yang memberikan penerangan mengenai proses panjang perlu dilalui Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bagi isu dokumentasi melibatkan tujuh pemain warisan negara.
Jika FAM gagal mencabar keputusan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) berhubung isu dokumentasi dan status kelayakan tujuh pemain warisan negara, keputusan penuh akan diserahkan kepada AFC.
Memandangkan skuad kebangsaan dan JDT terlibat dalam dua kejohanan anjuran AFC, Windsor juga tidak menolak risiko pemotongan mata yang bakal dihadapi kedua-dua pasukan ini seperti yang termaktub dalam Peraturan Pertandingan AFC.
Ketika ini, FAM sudah meminta maklumat keputusan penghakiman kepada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) bagi mendapatkan penjelasan tepat berhubung dakwaan itu dalam tempoh 10 hari yang telah di tetapkan sebelum ini.
Isu ini bakal melalui proses yang panjang, dengan Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) akan menjadi platform akhir dalam menilai isu ini sama ada memihak kepada FAM mahupun sebaliknya.
“Selepas menerima butiran keputusan, FAM mempunyai tiga hari untuk membuat keputusan sama ada ingin membuat rayuan mahupun tidak.
“Jika ingin merayu perlu beritahu secara bertulis kepada FIFA bahawa ingin merayu dalam tiga hari, selepas itu FAM mempunyai lima hari untuk menghantar rayuan.
“Selepas Jawatankuasa Rayuan FIFA membuat keputusan, FAM sekali lagi mempunyai 10 hari meminta keputusan sekiranya ingin membawa ke CAS.
“Keputusan CAS akan dihantar ke AFC sama ada FAM berjaya atau tidak (buat rayuan). Keputusan itu akan dipanjangkan kepada Jawatankuasa Disiplin AFC untuk meneliti apa peraturan pertandingan yang dilanggar jika ada oleh FAM dan mereka akan ambil tindakan.” katanya.
Untuk info daripada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom, berkongsikan: “Tempoh 10 hari yang diberikan kepada FAM untuk mendapatkan maklumat keputusan penghakiman berikutan merupakan penjelasan terperici berkenaan keputusan yang telah dibuat oleh Jawatankuasa Disiplin FIFA.
“Selepas FIFA menjawab permohonan FAM, maka FAM akan memiliki tiga hari untuk memaklumkan kepada pihak badan induk bola sepak dunia itu untuk membuat rayuan.
“Selepas mendapat maklum balas, FAM akan mendapat tempoh lima hari lagi untuk menghantar rayuan sebelum kes dibawa ke Jawatankuasa Rayuan fifa.
“Jawatankuasa Rayuan akan mengeluarkan keputusan rasmi, jika tidak kepada memihak FAM. Maka, FAM perlu membuat permohonan sekali lagi untuk dapatkan maklumat keputusan penghakiman daripada Jawatankuasa Rayuan FIFA.
“Dan FAM akan memiliki 21 hari selepas keputusan dikeluarkan daripada Jawatankuasa Rayuan FIFA untuk membawa kes ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) -keputusan kan dimaklumkan kepada orang ramai- untuk proses berikutnya.
“Dalam pada itu, segala perkembangan akan dipantau Jawatankuasa Tribunal FIFA berkenaan status tujuh pemain yang didenda, mereka akan mendapatkan maklumat kes yang berlangsung itu antara FAM dan Jawatankuasa Rayuan FIFA.
“Untuk rekod, proses daripada Triburnal FIFA hampir sama dengan perjalanannya yang berlangsung di Jawatankuasa Disiplin FIFA, cuma sekiranya FAM berhasrat untuk mencabar keputusan status pemain di Jawtankuasa Triburnal, mereka perlu mematuhi tempoh 10 hari lagi untuk mendapatkan maklumat keputusan penghakiman sebelum dibawa ke CAS.
“Segala keputusan itu akan diserahkan kepada Jawtankuasa Disiplin AFC untuk meruskan denda yang sepatutnya -sama ada pemotongan mata dan denda lain susulan dua kejohanan iaitu Kelayakan Piala Asia dan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) di Bawah pengurusan pihak AFC.” ujarnya.