sukan

JDT hilang khidmat tonggak pertahanan

JOHOR BAHRU: Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal berdepan cabaran apabila perlu membuat rombakan di posisi pertahanan apabila melayan kunjungan Sabah FC pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, malam esok.

Difahamkan tonggak pertahanan skuad Harimau Selatan, Feroz Baharudin mengalami kecederaan ketika sesi latihan dan bakal melupakan aksi saingan liga elit domestik dan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) musim ini.

Berdasarkan perkembangan terbaru itu, Feroz tergolong bersama Shio Hong Wan dan Syahmi Safari yang masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan sekali gus memaksa kedua-duanya tersisih bersama skuad Harimau Selatan.

Situasi itu tidak mengundang kegusaran buat pengendali JDT, Hector Bidogilo yang pastinya sudah ada `resipi’ yang ampuh bagi mencari pengganti Feroz untuk mengemudi benteng pertahanan ketika bayangan antara Natxo Insa dan Shahrul Saad bakal menjadi pilihan.

Selain itu, pengendali kelahiran Argentina itu juga mempunyai pilihan untuk meletak gandingan import di posisi berkenaan ketika Jordi Amat, Shane Lowry, Eddy Israfilov dan Park Jun-heong yang dilihat berpotensi diturunkan menentang skuad kendalian Martin Stano.

Apa jua perancangan Bidoglio, semestinya misi utama tertumpu kepada memburu tiga mata di halaman sendiri ketika skuad The Rhinos tampak memasang impian untuk mencuri sekurang-kurang satu mata.

Namun Bidoglio lebih mengutamakan persiapan pasukannya berbanding untuk memikirkan keghairahan pasukan lawan yang mengidam memburu kemenangan malah beliau juga memberi penekanan corak permainan dinamik dan berintensiti tinggi.

sumber:-BH

“Falsafah permainan JDT mengutamakan corak permainan dinamik dan berintensiti tinggi dengan mengawal permainan dan mengelak daripada pasukan lawan menguasai posisi tengah malah kami juga lebih menumpukan persiapan diri sendiri dan mengekalkan disiplin permainan yang ampuh,” katanya.