sukan

JDT mudah ratah NSFC di Paroi

SEREMBAN: Johor Darul Ta’zim (JDT) terus mengukuhkan kedudukan di tangga teratas Liga Super selepas menewaskan Negeri Sembilan FC (NSFC) 4-0 pada pertembungan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, sebentar tadi.

Tampil selaku juara liga 10 kali, skuad Harimau Selatan jelas bukan tandingan buat Negeri Sembilan yang ketika ini berada di dasar liga walaupun memiliki kelebihan beraksi di laman sendiri.

Mendominasi hampir keseluruhan perlawanan, JDT berada di depan seawal minit ke-14 hasil jaringan Heberty Andrare melalui sepakan percuma dari luar kotak penalti.

Heberty sekali lagi membuatkan anak buah K Nanthakumar tergamam apabila percubaannya dari jarak jauh kira-kira 27 meter pada minit ke-20 menerjah jaring untuk JDT mendahului 2-0.

Negeri Sembilan yang turun dengan barisan kesebelasan terbaik hanya berjaya melakukan dua serangan ke kawasan pertahanan JDT menerusi Takumi Suzuki dan Mohamad Ikhwan Yazek pada separuh masa pertama namun gagal melakukan percubaan tepat ke gawang pelawat.

sumber:-BH

Anak buah Hector Pablo Bidoglio terus melebarkan lagi penguasaan apabila Arif Aiman Mohd Hanafi meledak gol ketiga pasukan itu pada minit ke-48 hasil gerakan satu dua dengan Romel Morales dan situasi kelam kabut dalam kotak penalti tuan rumah.