sukan

Jersi rasmi pasukan KDN FC bakal menemui penyokong

KOTA BHARU: Jersi rasmi pasukan Kelantan Darul Naim Football Club (KDN FC) bakal menemui penyokong, April ini.

Jersi rasmi membabitkan jersi laman sendiri, tempat lawan, jersi ketiga dan jersi penjaga gol dicetak sebanyak 15,000 sebagai permulaan.

Pengarah Urusan PUC Sport, Mohd Shukry Pauzi berkata, jersi berkenaan sudah di peringkat penampalan pelekat dan akan djual dengan harga berpatutan namun berkualiti tinggi.

“Untuk musim ini, kita keluarkan 50,000 helai jersi termasuk jersi rasmi, selebihnya kita keluarkan jersi kit latihan, jersi keluaran khas dan lain-lain.

“Untuk majlis pelancaran nanti, kita juga sediakan 5,000 helai jersi edisi khas pelancaran dengan 1,500 helai akan diberikan secara percuma kepada pasukan konvoi dan penyokong,” katanya dalam sidang media di PUC Sport, Kubang Kerian, hari ini.

Mohd Shukry berkata, pihaknya mengeluarkan reka bentuk berbeza-beza bagi edisi kit latihan dan edisi khas seperti hoodie bagi meraikan sokongan peminat bola sepak Kelantan.

Katanya, bagi jersi edisi kit latihan akan mula dijual di kedai PUC Sport dan dalam talian dengan harga RM49 sehelai dan pakej kombo tiga helai RM100.

sumber:-BH

“Penyokong boleh dapatkan jersi kit latihan bermula esok, bagi jersi rasmi kami jangkaan selepas raya akan mula dijual, ” katanya.