Kuantan: Pengendali Sri Pahang FC, Fandi Ahmad hanya mahukan kemenangan apabila melayan Sabah FC pada aksi kedua separuh akhir Piala Malaysia di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh (MPT), Ahad ini.
Legenda bola sepak Singapura itu berkata, biarpun bakal berdepan tentangan sengit, mereka akan memanfaatkan peluang di laman sendiri untuk menewaskan Sabah.
“Saya hanya mahukan kemenangan dan pemain seharusnya mempamerkan persembahan meyakinkan dan terbaik untuk layak ke final Piala Malaysia.
sumber:-HM
“Saya harap persembahan lebih baik terutama di bahagian serangan selepas banyak peluang dilepaskan ketika seri 1-1 dengan Kuala Lumpur (KL) City FC pada aksi Liga Super, Ahad lalu,” katanya.