sukan

“Kami tewas kepada pasukan terbaik Liga Super” – Akmal Rizal

KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih Penang, Akmal Rizal Ahmad Rakhli menganggap kualiti lebih tinggi yang dimiliki Selangor menjadi antara faktor kekalahan 4-1 pasukannya dalam aksi Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, semalam.

Pengendali berusia 42 tahun itu bagaimanapun menegaskan bahawa barisan pemainnya sudah memberikan yang terbaik dan mengikut perancangan untuk perlawanan itu.

Beliau berkata, kekalahan itu memberi pengajaran buat pasukannya untuk meningkatkan lagi prestasi terutama perlu mengelak daripada melakukan kesilapan mudah yang boleh menghukum pasukan.

“Kami tewas kepada salah satu pasukan terbaik dalam Liga Super. Selangor lebih berpengalaman dan lebih berkualiti, dari situ kami alami kekalahan malam ini (semalam).

“Namun pemain sudah berikan yang terbaik, setiap perlawanan mereka bagi apa yang mereka ada tetapi masih banyak yang kami perlu lakukan kerana kami bukan pasukan besar, bukan ada pemain nama besar.

“Apa yang berlaku malam ini perlu dijadikan pengajaran dan pembelajaran kepada pemain dan barisan kejurulatihan bagi memperbaiki kelemahan terutama di bahagian pertahanan dan serangan,” katanya.

sumber:-BH

Penang yang mengumpul