sukan

KBS memastikan Faisal mendapat rawatan terbaik secara percuma

KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) akan memastikan tonggak skuad Harimau Malaya Faisal Halim mendapat rawatan terbaik secara percuma di Institut Sukan Negara (ISN) sebagai menghargai jasa pemain 26 tahun itu kepada negara.

Menterinya Hannah Yeoh berkata, pihaknya akan memastikan Faisal Halim mendapat sokongan dan rawatan yang diperlukan sepanjang tempoh pemulihan yang dijangka mengambil masa beberapa bulan.

“KBS mahu memberikan sokongan kepada Faisal Halim (melalui) ISN (yang) akan memberikan perkhidmatan termasuk fisioterapi apabila diperlukan oleh beliau secara percuma untuk pastikan beliau kembali pulih dengan cepat.

“Saya nak beliau tahu bahawa beliau betul-betul dihargai bukan saja oleh kerajaan tetapi semua rakyat Malaysia mendoakan beliau cepat sembuh,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan Pertukaran Dokumen Memorandum Persefahaman (MoU) antara KBS dan Malaysia Aviation Group (MAG) bersama Pengarah Urusan Kumpulan MAG Datuk Kapten Izham Ismail di Kampus Akademi Malaysia Airline Berhad (MAB) di sini pada Selasa.

“Itu sebab saya nak pastikan polis ambil tindakan paling tegas terhadap suspek untuk pastikan motif ini kita kenal pasti. Kalau motif itu kita tidak kenal pasti, saya risau akan berlaku kepada orang lain, siasatan polis amat penting sekarang.

sumber:-SH

“(Piala Sumbangsih?) yang ini keputusan penganjur. Jadi, saya percaya penganjur akan membuat keputusan sendiri,” katanya yang masih menunggu masa sesuai untuk melawat Faisal Halim mengikut saranan doktor.