KOTA BHARU: Kelantan Darul Naim Football Club (KDN FC) menunjukkan aksi menarik ketika menentang Sri Pahang FC (SPFC) pada perlawanan pramusim di Stadium Sultan Muhammad ke IV, Kota Bharu, malam tadi.
Penolong ketua jurulatih pasukan, Rezal Zambery berkata, pihaknya berpuas hati dengan permainan dipamerkan namun banyak perlu diperbaiki memandangkan ini aksi kedua dihadapi mereka setakat ini.
Rezal berkata, banyak perkara positif berlaku terutamanya daripada segi peningkatan kecergasan pemain meskipun tewas 0-1 ke atas pelawat hasil jaringan Stefano Brundao.
“Kita cipta peluang hanya tidak dijadikan kepada jaringan tetapi kesungguhan pemain saya nampak sudah semakin baik, cuma kesilapan kita sedikit menyebabkan kita kena gol.
“Kita lihat keserasian pemain, ada masa untuk kita perbaiki,” katanya.
Mengulas berkenaan penggunaan Video Semakan Pengadil (VAR), Rezal berkata, alatan teknologi itu adalah perkembangan yang baik bagi semua pasukan dan membantu pengadil membuat keputusan lebih jelas.
Katanya, dengan penggunaan VAR, tidak ada lagi pertikaian kedua pasukan kerana mempunyai beberapa pasang mata yang melihat keadaan ketika perlawanan.
sumber:-BH
“Ini petanda baik untuk liga kita, jadi saya rasa VAR patut diteruskan pada masa akan datang dan tindakan bagus oleh pihak Liga Bolasepak Malaysia (MFL),” katanya.