KOTA BHARU: Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) bakal berdepan KL City FC tanpa kapten pasukan, Oday Kharoub dan bek tengah, Michal Jerabek dalam aksi Liga Super, esok.
Ini berikutan kedua dua import itu berdepan penggantungan satu perlawanan selepas mengutip kad kuning ketiga.
Kedua dua mereka mengutip kad kuning ketiga pada aksi menentang Negeri Sembilan dengan keputusan menang tipis 3-2 di Stadium Paroi, Negeri Sembilan pada 27 September lalu.
Ketua Jurulatih, Park Jae Hong bagaimanapun optimis kehilangan dua tonggak utama itu tidak merencatkan skuad Kijang Emas untuk menyekat The City Boys mencatat kemenangan seterusnya.
Katanya, komposisi pasukan pada awalnya tidak bagus namun sebaik pemain baru dibawa masuk, mereka mencetuskan impak segera untuk membantu KDN FC.
sumber:-BH
“Jelas kehadiran pemain baru membolehkan kami mencatat kejayaan sebelum bertandang ke Cheras.