KOTA BHARU: Bekas peledak PJ City FC, Washington Brandao menamatkan spekulasi kembali beraksi ke kancah Liga Malaysia apabila memilih mewakili Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) dalam baki saingan musim ini.
Kehadiran Brandao, 34 tahun disahkan pengurusan KDN FC dalam kenyataan kepada media hari ini.
Pemain kelahiran Brazil itu pernah beraksi di posisi penyerang PJ City FC selama dua musim pada tahun 2019 hingga 2020.
Sebelum bermain di Liga Super, pemain itu memulakan kerjaya profesional dengan kelab divisi Brazil pada tahun 2012 dan berhijrah ke Liga Denmark menyertai HB Koge bermula 2015.
Pemain yang dibawa masuk pada pintu perpindahan kedua Liga Malaysia itu pernah bermain dengan Persela di Liga Indonesia, HAGL FC di Liga Vietnam dan musim lalu bersama Abahani United di Liga Afghanistan.
Presiden KDN FC, Rozi Muhamad berkata, pemain itu akan bersama kijang emas 19 September ini.
Katanya, kehadiran Brandao melengkapkan kuota import pasukan selepas mengambil Layt Kharoub dan Aung Kaung Mann.
sumber:-BH
Brandao meledak lapan gol dalam 22 aksi liga Malaysia ketika bersama PJ City FC termasuk jaringan ketika menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) pada Julai 2019.