sukan

KDN membuka tahun baru dengan menjadi lauk

Kota Bharu: Kelantan Darul Naim membuka tahun baru dengan menjadi lauk kepada Penang FC apabila tewas 1-6 dalam saingan Liga Super, di Stadium Sultan Muhammad ke IV, Kota Bharu, malam tadi.

Terlebih dahulu, Penang membuka jaringan minit ke 29 menerusi import, Rodrigo Dias yang cantik melaksanakan sepakan akrobatik menewaskan Fikri Che Soh.

Namun kegembiraan anak buah Wan Rohaimi Wan Daud tidak lama apabila tuan rumah menyamakan kedudukan hasil rembatan terus Muhamamd Shahir Abd Rashid minit ke 34.

Di babak kedua, pemain kelahiran Kelantan, Nik Akif Syahiran Nik Mat menambah gol bagi skuad harimau kumbang minit ke 43 dengan rembatan deras.

Import Brazil, Rodrigo Dias terus menjadi duri dalam daging tuan rumah dengan bijak menampan bola ke dada dan terus melakukan rembatan kencang bagi gol ketiga minit ke 67.

Hatrik Rodrigo minit ke 83 memberi peluang pelawat terus berpesta gol apabila Penang menerima penalti hasil kekasaran pemain Kelantan ke atas pelawat.

Semakan disahkan menerusi video bantuan pengadil (VAR) bagi memberikan penalti yang disempurnakan Rodrigo Dias.

Dua gol lagi disumbangkan Dylan Wenzel Halls dan Rodrigo Dias minit tambahan akhir untuk gol kelima dan keenam menoktahkan Penang pulang dengan tiga mata penuh dengan kemenangan 6-1 ke atas KDN FC.

sumber:-HM

Keputusan mengecewakan 265 penyokong yang hadir ke stadium bagi perlawanan pertama Liga Super selepas stadium ditutup untuk kerja baik pulih sejak Ogos tahun lalu.