sukan

Kebijaksanaan membuat keputusan merupakan senjata utama

KEMENANGAN, pencapaian dan mencipta sejarah merupakan perkara paling utama dalam sukan terutama bola sepak, menurut Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tunku Ismail yang juga pemilik kelab Liga Malaysia (Liga-M), Johor Darul Ta’zim (JDT) juga menegaskan kejayaan dan keuntungan kewangan merupakan pencapaian penting dalam usaha mencipta sejarah.

Tegasnya, kehebatan seseorang individu itu dalam industri pertandingan sukan terutama bola sepak tidak akan bermakna sekiranya berada di tempat yang salah.

“Kerana ia (sukan) adalah mengenai kemenangan, pencapaian dan mencipta sejarah. Dalam kerjaya ini, kejayaan dan keuntungan, kewangan anda perlu berjalan seiring.

“Jika tidak, anda hanyalah sekadar salah seorang lagi pemain. Salah seorang daripada yang ramai lagi. Ia adalah dunia yang kejam.

Pada masa sama tegas Tunku Ismail, pengetahuan dan kebijaksanaan membuat keputusan merupakan senjata.

sumber:-SH

“Senjata anda adalah pengetahuan anda dan kebijaksanaan membuat keputusan. Kehidupan, kerjaya anda adalah berdasarkan keputusan-keputusan yang anda buat. Gunakannya dengan bijak.