HOUSTON: Tahap kecergasan Lionel Messi masih menjadi tanda tanya menjelang aksi suku akhir Copa America bertemu Ecuador dengan pengendali pasukan, Lionel Scaloni berkata, dia akan menunggu buat seketika sebelum memutuskan barisan pemainnya.
Messi terlepas aksi terakhir peringkat kumpulan Argentina pada Ahad lalu yang menyaksikan pasukan meraih kemenangan 2-0 ke atas Peru selepas mengadu mengalami kecederaan hamstring.
Argentina dijadual menjalani sesi latihan dan Scaloni berkata, dia akan membuat keputusan selanjutnya selepas itu.
“Kami akan menunggu beberapa jam dan membuat keputusan. Ia lebih baik sekiranya dapat memperoleh satu hari lagi,” katanya dalam satu sidang media.
“Semalam, perasaan kami baik dan kami akan mengambil hari ini untuk menentukan pasukan berdasarkan maklum balas yang kami terima,” katanya.
Scaloni berkata, dia akan berbincang dengan pemain berusia 37 tahun itu mengenai kesediaannya untuk menyertai perlawanan.
“Kami akan cuba membolehkan dia untuk beraksi dan sekiranya tidak, kami akan lihat kepada jalan penyelesaian terbaik buat pasukan.
sumber:-BH
“Saya akan bercakap dengannya hari ini. Saya fikir ia lebih adil untuknya mengambil masanya dan berlatih sebanyak mungkin,” katanya.