sukan

Kedudukan terkini Harimau Malaya untuk layak ke Piala Asia

SELEPAS mencatat dua kemenangan bergaya ke atas Nepal dan Vietnam, skuad Harimau Malaya kini gah di puncak Kumpulan F dengan kutipan penuh enam mata, sekali gus berada dalam landasan terbaik untuk layak secara merit ke Piala Asia 2027 yang akan berlangsung di Arab Saudi.

Malaysia membuka kempen kelayakan dengan kemenangan 2-0 ke atas Nepal, sebelum menundukkan musuh tradisi ASEAN, Vietnam, dengan jaringan meyakinkan 4-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam kelmarin.

Gol-gol kemenangan disumbangkan oleh João Figueiredo, Rodrigo Holgado, La’Vere Corbin-Ong dan Dion Cools.

Dalam satu lagi aksi kumpulan, Laos berjaya menewaskan Nepal 2-1 di Vientiane hasil jaringan Damoth Thongkhamsavath dan Peeter Phanthavong, manakala gol tunggal Nepal dijaringkan oleh Manish Dangi.

Selepas dua perlawanan, kedudukan Kumpulan F adalah seperti berikut:
– Malaysia – 6 mata
– Vietnam – 3 mata
– Laos – 3 mata
– Nepal – 0 mata

Hanya juara kumpulan akan layak secara merit ke Piala Asia 2027, menjadikan setiap perlawanan amat penting buat pasukan negara.

sumber:- AWANI

Harimau Malaya akan meneruskan misi kelayakan dengan perlawanan menentang Laos di tempat lawan pada pada Khamis, 9 Oktober 2025, dengan harapan untuk terus melebarkan penguasaan sebagai pendahulu kumpulan.