sukan

Kejuaraan pertama buat Hon-Haikal di bumi Perancis

PEMAIN beregu lelaki negara, Choong Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri mencipta sensasi apabila menjuarai Kejuaraan Orleans Masters pada Ahad.

Hon Jian-Muhammad Haikal muncul juara kejuaraan Super 300 itu setelah menewaskan wakil Indonesia, Sabar Karyaman Gutama-Muhammad Reza Pahlevi Isfahani dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Palais des Sports, Orleans, Perancis.

Hon Jian-Muhammad Haikal berstatus pilihan keempat kejuaraan tampil garang menang set pertama, 21-15.

Namun pilihan keenam, Sabar Karyaman Gutama-Muhammad Reza Pahlevi Isfahani kembali mengikat permainan di set kedua dengan kemenangan 21-18.

Set penentuan, Hon Jian-Muhammad Haikal kembali memperkemaskan permainan mengakhiri cabaran Sabar Karyaman Gutama-Muhammad Reza Pahlevi Isfahani dengan kemenangan 21-14 dalam masa 54 minit.

Kejuaraan pertama buat Hon Jian-Muhammad Haikal yang digandingkan kan enam bulan pada tahun ini yang tampil corak permainan menyerang menyakinkan di bumi Perancis sekaligus memecah masuk dalam kelompok 32 terbaik dunia.

sumber:-SH

Ini juga merupakan kejuaraan ketiga dalam karier selepas Kejuaraan Antarabangsa Syed Modi dan Guwahati Masters 2023 sebelum ini.