Kelab amatur yang semakin mendapat perhatian, Vigor, mula membina satu pasukan hebat apabila mengumpul kekuatan melibatkan bekas pemain bola sepak profesional untuk bertanding dalam liga amatur.
Dengan penyertaan daripada bekas penyerang Harimau Malaya, Amri Yahya, termasuk Gopi Rizqi, Fandi Othman dan Abdul Latiff Suhaimi, sudah tentu mahu merealisasikan impian menjadi kelab ternama satu hari nanti.
Kemasukan artis terkemuka, Aidil Abdul Aziz, juga menjadi nilai tambah terbaik ekoran dia juga sedang aktif bermain bola sepak dan sedia menabur bakti bersama rakan sepasukan.
Tidak dinafikan, Aidil turut berharap suatu hari nanti Vigor menjadi satu pasukan besar dan mencontohi juara Liga Super 11 kali berturut-turut, Johor Darul Ta’zim (JDT), untuk menjadikan model.
sumber:- stadium astro
“Kami semua diketuai Amri Yahya, harap dapat membawa Vigor lebih jauh, supaya selepas JDT, Vigor nombor dua paling popular di Johor,” kata suami kepada pelakon wanita tanah air, Fasha Sandha Hassan.