KELANTAN (KRW) FC, bangkit ketinggalan dua kali untuk menafikan hasrat Terengganu FC untuk keluar pemenang dalam aksi persahabatan di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.
Pasukan pelawat, Terengganu yang mengakhiri saingan Liga Super di tangga kelima musim lalu terlebih dahulu membuka akaun jaringan.
Gol pembukaan hadir pada minit ke-29 hasil sentuhan Syahmi Zamri, sekali gus membolehkan skuad Penyu mendahului satu gol pada separuh masa pertama.
Memasuki babak kedua, kelab Liga A1 kendalian Irfan Bakti Abu Salim itu meningkatkan tempo permainan dan melancarkan serangan bertali arus.
Hasilnya, gol penyamaan dinanti-nantikan hadir pada minit ke-50 menerusi jaringan Fazli Ghazali membakar semangat ribuan penyokong pasukan tuan rumah.
Terengganu yang tersentak dengan gol penyamaan itu segera menyusun semula strategi dan tidak menunggu lama untuk kembali di depan.
Safwan Mazlan memastikan skuad Penyu kembali mendahului dengan jaringan pada minit ke-57, sekali gus mengembalikan sedikit kegelisahan di kem pasukan tuan rumah.
sumber:- SH
Namun, ketika Terengganu sudah mula membayangkan kemenangan dalam Derbi Pantai Timur ini, kapten KRW, Yusri Yuhasmadi memadamkan kegembiraan Safwan dengan jaringan penyamaan pada minit ke-67, mengikat kedudukan 2-2 yang kekal sehingga wisel penamat ditiupkan.