Bekas pemain kebangsaan, S. Subramaniam, enggan melihat skuad negara terkulai awal selepas keputusan mengejut Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) terhadap tujuh pemain ‘Malaysian Abroad’ yang digantung selama setahun atas dakwaan pemalsuan dokumen.
Sudah pasti hal ia satu temparan yang hebat buat jurulatih negara, Peter Cklamovski, yang dalam persediaan untuk mencorak pasukan dengan kekuatan terbaik sebelum berlepas ke Laos bagi perlawanan ketiga kelayakan Piala Asia 2027.
“Saya tidak rasa akan ada perubahan besar.
“Pemain pun sudah tahu permainan (DNA berikan tekanan awal yang diterapkan) Cklamovski.
“Mana-mana pemain yang akan dibawa masuk pun akan berbuat yang sama.
“Malaysia mampu mengutip mata penuh dan berikan aksi yang baik apabila bertemu Laos kelak,” katanya.
Hingga ke saat ini skuad kebangsaan sedang menanti dengan penuh debaran status pemotongan mata atas penggantungan turut pemain terlibat yang turut beraksi dalam kelayakan Piala Asia 2027 bertemu Nepal dan Vietnam sebelum ini.
Jika ia tidak memihak kepada Malaysia, peluang untuk Harimau Malaya kembali bangkit dengan kekuatan barisan sedia ada masih terbuka luas dalam empat siri kelayakan yang tinggal.
“Ia tidak akan mengubah dinamak tapi jika ditolak mata, ia akan berikan impak yang besar.
“Kita perlu bertemu Vietnam di tempat lawan dan kemudian ayuh kita lihat apa yang terjadi.
“Cklamovski pernah melalui sebarang isu dan dia tahu bagaimana untuk mengatasi.
“Malaysia perlu menghadapi satu persatu perlawanan dan ayuh fokus kepada aksi menentang Laos,” katanya.