sukan

Kelayakan Piala Asia: Pakistan cipta sejarah, tumbangkan Indonesia di Jakarta

PAKISTAN menewaskan tuan rumah, Indonesia 2-0 dalam aksi kedua peringkat kumpulan Kelayakan Piala Asia Wanita, melakar kebangkitan susulan tewas dalam aksi pertama minggu lalu.

Pakistan yang diundi dalam Kumpulan D bagi saingan kelayakan yang berlangsung di Jakarta bersama Chinese Taipei, Indonesia dan Kyrgyzstan. Pakistan tewas dalam aksi pertama kepada Chinese Taipei 8-0 29 Jun lalu.

sumber:- stadium astro

Nadia Khan membuka jaringan pada minit kelapan, sebelum Suha Hirani menggandakan kelebihan pada minit ke-19 menerusi sepakan penalti.