Ketua jurulatih kebangsaan, Peter Cklamovski, enggan mengesahkan kelibat “Malaysian Abroad” yang diwar-warkan akan melaporkan diri untuk fasa ketiga kem Harimau Malaya untuk persiapan kelayakan Piala Asia bertemu Vietnam, Selasa depan.
Tiga pemain warisan baharu membabitkan dua penyerang; Rodrigo Holgado dan Jefte Betancor, dan pertahanan tengah, Jon Irazabal, menjadi topik hangat di media sosial hari ini.
Namun, Cklamovski dalam sidang media mengakui tidak mempunyai maklumat mengenai sesetengah daripada pemain yang dikaitkan dan memilih untuk fokus kepada perancangan bertemu aksi ujian tertutup, sekali lagi bertemu Cape Verde di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam esok.
“Banyak nama yang dikaitkan oleh media termasuk sesetengah daripada saya tidak pernah melihatnya,” katanya.
“Terdapat banyak spekulasi dan pada ketika ini, anda mungkin lebih tahu berbanding saya.
“Kami fokus kepada perlawanan sukar menentang Cape Verde esok yang merupakan persiapan fasa terakhir kami.
sumber:- stadium astro
“Semua orang terus bertanyakan tentang pemain warisan. Adalah bagus untuk mendengar minat dan sokongan daripada penyokong bola sepak Malaysia. Inilah yang menjadikan bola sepak Malaysia istimewa,” katanya.