sukan

Kelayakan Piala Dunia: Australia musnahkan rekod bersih Jepun

AUSTRALIA menamatkan rekod permulaan sempurna Jepun dalam pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia Zon Asia apabila mengikat kedudukan 1-1 di Stadium Saitama malam tadi.

Gol sendiri Shogo Taniguchi memberikan Australia kelebihan pada minit ke-58 tetapi kesilapan Camron Burgess di gawang bertentangan menyelamatkan maruah Samurai Biru pada 14 minit terakhir.

Australia kini melonjak ke tangga kedua kumpulan C dengan lima mata selepas empat perlawanan, empat mata daripadanya terhasil di bawah bimbingan Tony Popovic, yang menggantikan Graham Arnold sebagai ketua jurulatih pasukan itu hujung bulan lalu.

sumber:- SinarHarian

Dalam pada itu, Jepun, yang sebelum ini mencatatkan kemenangan dalam kesemua tiga perlawanan pertama, kekal di tangga teratas dengan 10 mata. – Awani