sukan

Kelayakan Piala Dunia: Iraq lancar inisiatif baru demi kejar impian ke Piala Dunia

Iraq melancarkan satu inisiatif besar bagi menghalang sebarang tindakan negatif yang cuba menggugat keamanan menjelang Kelayakan Piala Dunia bertemu Arab Saudi dan Indonesia yang akan berlangsung dari 8 hingga 14 Oktober ini.

Dalam satu sesi sidang media oleh Persekutuan Bolasepak Iraq (IFA), sekatan media akan dikenakan kepada mana-mana pihak sekiranya mendapati membawa perspektif negatif kepada pasukan kebangsaan.

Sebaliknya, media perlu memainkan naratif sokongan dan perlu meniupkan semangat tinggi berdiri teguh di belakang Singa Mesopotamia bagi menghadapi dua perlawanan getir Kumpulan B itu.

“Iraq berada pada fasa penting menuju Piala Dunia 2026. Pasukan ini memerlukan dukungan sepenuhnya daripada pemimpin, media dan penyokong,” katanya.
Untuk rekod, kali terakhir Iraq membuat penampilan dalam Piala Dunia adalah pada 1986 di Mexico.