KUALA TERENGGANU: Kejayaan menundukkan Sabah FC pada suku akhir Piala FA dua bulan lalu tidak boleh dijadikan ukuran buat Terengganu FC (TFC) apabila kedua-dua pasukan bertembung dalam saingan Liga Super Ahad ini.
Pemain pertahanan TFC, Ubaidullah Shamsul Fazili menjangkakan mereka berdepan kesukaran kerana skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swee pasti tekad untuk membalas dendam.
Jelas pemain berusia 21 tahun itu, beraksi di gelanggang lawan di Stadium Likas, juga pasti memberi kelebihan kepada skuad The Rhinos untuk mencipta kemenangan.
“Kemenangan 3-0 di tempat lawan pada suku akhir kedua Piala FA dan 4-0 pada suku akhir pertama di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin bukan jaminan buat kami untuk menundukkan pasukan itu.
“Malah ia tidak boleh dijadikan ukuran kerana saingan itu berbeza apatah lagi pemain lawan pastinya berazam untuk tidak kalah di tempat sendiri.
sumber:-BH
“Bagaimanapun kemenangan dalam dua aksi itu sedikit sebanyak menaikkan moral saya dan rakan sepasukan untuk meneruskan momentum kemenangan ke atas pasukan itu.”