sukan

Kenapa susah sangat nak terima? – Tunku Mahkota Ismail

KUALA LUMPUR: Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menegaskan isu padang cantik menggunakan ‘cow grass’ bukanlah perkara utama, sebaliknya fokus utama untuk tidak menggunakan rumput itu adalah untuk memastikan permukaan padang yang baik untuk bermain bola sepak.

Menerusi satu ciapan di platform X, beliau yang juga pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT) menjelaskan ‘cow grass’ sudah tentu menjadi pilihan negara maju sekiranya ia benar-benar bagus untuk digunakan namun sebaliknya yang berlaku dengan kita harus menjadikan negara maju dalam bola sepak sebagai contoh.

Malah, Tunku Mahkota Ismail memaklumkan padang di Laos disifatkan jauh lebih baik berbanding padang di negara ini yang masih menggunakan ‘cow grass’ sekali gus padang menjadi berlumpur apabila hujan.

Tunku Mahkota Ismail berkata demikian apabila membalas ciapan salah seorang pengguna X yang berkata ‘cow grass’ juga boleh menjadi padang yang cantik kalau dijaga dengan betul tetapi tidak semestinya digemari oleh pemain.

“Ini bukan soal cantik. Ini berkenaan good playing surface. Modern football. Kalau bagus sangat negara negara maju dalam bola dah pakai cow grass.

“Kenapa susah sangat kita nak terima dan belajar daripada mereka yang lebih berjaya? Negara Laos yang miskin pun padang lagi cantik dari negara kita.

“Masalah padang cow grass adalah playing surface dan apabila hujan air bertakung kerana padang tersebut adalah soil base bukan sand base. Berlumpur. Nak bola maju tapi mindset masih taknak berubah.

“Kita harus ikut negara-negara yang maju dalam bolasepak. Japan best example. Dalam south east asia Thailand. Laos pun dah cantik. Kita masih berlumpur,” kata Tunku Mahkota Ismail.

Terdahulu, Tunku Mahkota Ismail menyangkal dakwaan bahawa JDT akan lemah sekiranya terpaksa beraksi di atas permukaan padang menggunakan ‘cow grass’.

Sebelum ini, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) mengumumkan geran keseluruhan bernilai RM4.6 juta sudah disalurkan kepada 10 negeri bagi pelaksanaan projek menaik taraf padang bola sepak dan sistem saliran di stadium.

Lapan negeri dalam senarai iaitu Negeri Sembilan, Kelantan, Pahang, Terengganu, Selangor, Perak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Melaka menerima geran penuh RM500,000 bagi proses penambahbaikan saliran dan penukaran rumput di stadium.

sumber:-BH

Dua negeri iaitu Perlis dan Kedah bagaimanapun hanya menerima RM300,000 kerana untuk menaik taraf sistem saliran dengan Sabah dan Pulau Pinang tidak mahu menukar rumput.