Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Jefri Ngadirin, tampil memberikan jawapan mengenai gambar yang dimuat naik oleh pemain perseorangan negara, Lee Zii Jia.
Status media sosial terbaru Lee Zii Jia yang dimuat naik semalam mencetuskan tanda tanya dalam kalangan peminat badminton negara.
Ini selepas pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik 2024 itu memuat naik siri lukisan aneh di Instagram.
Status tersebut sudah menarik 133,000 tanda suka dan lebih 3,000 komen di Instagram sejak ia dinaikkan.
sumber:- stadium astro
Jefri yang ditemui Hari Sukan Atlet 2025 berkata, “Gambar yang dimuat naik itu sekadar menampakkan Zii Jia menyukai lukisan seni yang sebegitu rupa,” kata Jefri kepada wartawan Astro Arena, Husna Zainuddin.