Jurulatih negara, Datuk Ong Kim Swee, sedia mempertimbangkan tawaran daripada kelab Liga Malaysia (Liga-M) jika melihat kredibiliti yang ada pada dirinya mampu mengubah landskap kelab itu.
Nama Kim Swee di sebut-sebut sebagai calon pengganti di Terengganu yang kini di bawah kendalian Badrul Afzan Razali.
Ketika tidak menolak untuk mempertimbangkan tawaran itu, sekiranya benar pihak skuad Peteh berminat untuk mendapatkan khidmatnya.
“Saya harus menerima sesuatu dengan corak kejurulatihan dan pihak pengurusan yang profesional. Malah, inginkan sesuatu positif dalam membantu kelab mahupun Akademi Mokhtar Dahari sekali pun.
“Saya harus mempertimbangkan apa yang datang, serta tawaran dengan projek yang baik daripada aspek kelab dan pengurusan yang profesional.” katanya.
Jurulatih berusia 54 tahun itu ketika ini mengemudi kelab Persib Kediri di Liga Indonesia, turut mendedahkan belum ada sebarang perbincangan rasmi melibatkan pihaknya dan Terengganu.
“Belum ada komunikasi dengan mana-mana pihak lagi. Jika saya ingin menerima tawaran atau berkomunikasi saya perlu dapatkan tawaran daripada kelab saya.
“Saya tidak mahu melanggar peraturan, saya taknak berkomunikasi dengan kelab lain tanpa pengetahuan kelab saya sekarang kerana akan timbulkan situasi yang tidak bagus.” ujarnya.
Badrul Afzan ketika ini sedang terpalit dengan syarat berat daripada pihak pengurusan Terengganu -yang menuntut 3 kemenangan berturut-turut bermula dari aksi dengan Kuching City, Johor Darul Ta’zim dan Negeri Sembilan- rentetan prestasi kurang memuaskan musim ini.