sukan

Kim Swee sertai Persis Solo?

KUALA LUMPUR: Adakah kelab Indonesia, Persis Solo menjadi destinasi baharu bekas pengendali skuad kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee?

Spekulasi itu hangat diperkatakan ketika ini dengan kelab berkenaan dalam kenyataan memaklumkan akan mengumumkan kehadiran ketua jurulatih baharu bagi skuad Laskar Sambernyawa, esok.

“Ketua jurulatih baharu Laskar Sambernyawa akan tiba di Solo pada Isnin (esok) dan segera memimpin persiapan pasukan untuk perlawanan seterusnya menentang Barito Putera (3 Disember ini),” kata kelab itu.

Meskipun Persis Solo tidak mendedahkan nama ketua jurulatih baharu itu, namun media Indonesia, transferliga1 mendakwa individu berkenaan adalah Kim Swee.

Persis Solo ketika ini menghuni tangga ketiga tercorot dalam carta liga dengan mengumpul tujuh mata selepas mengharungi 11 perlawanan.

Terdahulu, Kim Swee menjelaskan beliau memerlu masa dua atau tiga hari untuk menentukan destinasi baharu selepas tidak menyambung kontrak bersama Sabah FC.

sumber:-BH

Khamis lalu, pengendali berusia 53 tahun itu mengumumkan perpisahan dengan Sang Badak selepas kontraknya berakhir bulan ini.