JOHOR Darul Ta’zim (JDT) tidak berdepan masalah untuk meraih tiga mata berharga selepas membelasah Kuala Lumpur City (KL City) 5-1 dalam aksi Liga Super di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada Sabtu.
Skuad Harimau Selatan itu bermula garang menerusi beberapa percubaan berbahaya dan menguasai keseluruhan perlawanan sepanjang aksi berlangsung.
Peluang JDT hadir seawal minit keempat menerusi percubaan pemain tengahnya, Nathaniel Shio Hong Wan yang berjaya diselamatkan penjaga gol KL City, Muhammad Azri Ghani.
Walaupun tidak mempunyai banyak peluang, KL City sesekali menguji gawang JDT melalui hantaran Giancarlo Gallifuoco yang disambar oleh Muhammad Haqimi Azim Rosli, namun Ahmad Syihan Hazmi lebih tangkas menyelamatkan keadaan.
Percubaan demi percubaan yang dilakukan JDT akhirnya berhasil selepas Fernando Forestieri membuka tirai jaringan yang turut menjadi gol pertamanya untuk musim ini pada minit ke-43.
Biarpun pada mulanya pengadil membatalkan gol tersebut kerana ofsaid, namun hasil semakan Video Bantuan Pengadil (VAR) menyaksikan Forestieri berada dalam kedudukan onsaid.
JDT terus garang menambah gol kali ini menerusi sepakan percuma cantik Juan Muniz pada masa kecederaan separuh masa pertama.
sumber:-SH
Bagaimanapun, KL City berjaya merapatkan kedudukan selepas Haqimi ditarik oleh pemain JDT, Oscar Aribas dalam kotak penalti.