sukan

kloop kekal dengan keputusannya untuk meninggalkan Anfield

JURULATIH Liverpool, Juergen Klopp mengulangi pendirian kekal dengan keputusannya untuk meninggalkan Anfield akhir musim ini.

Kejayaan menumpaskan Tottenham Hotspur 4-2 dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Ahad tidak mampu mengubah fikirannya.

Biarpun kemenangan tersebut diraih dalam suasana yang cukup hebat, namun jawapan sama diberikan oleh jurulatih berusia 56 tahun itu.

“Tiada siapa memahaminya, saya cuba menjelaskannya. Saya tidak kata saya kurang gembira dengan atmosfera di stadium atau dengan cara kami beraksi.

“Saya fikir apabila bercakap mengenainya, kami bermain bola sepak dengan cara luar biasa, jadi ia bukan perbezaannya.

“Jadi ia tidak mempengaruhi keputusan saya,” ujar Klopp.

Dalam aksi itu, Liverpool meraih gol menerusi jaringan Mohamed Salah, Andy Robertson, Cody Gakpo dan Harvey Elliott, namun peluang untuk The Reds memburu kejuaraan liga adalah tipis.

sumber:-SH

The Reds ketinggalan lima mata di belakang pendahulu, Arsenal dengan baki dua lagi perlawanan.