sukan

Kluivert tekad pacu Indonesia ke pentas Piala Dunia

JAKARTA: Bekas bintang Belanda dan Barcelona, Patrick Kluivert berazam membawa bola sepak Indonesia ke pentas Piala Dunia buat julung kalinya sejak kemerdekaan mereka selepas dilantik secara rasmi sebagai pengendali skuad Garuda itu, hari ini.

Kluivert yang berusia 48 tahun bakal mengemudi pasukan Asia Tenggara itu yang kebanyakannya dibarisi pemain kelahiran Belanda dan naturalisasi.

“Semua orang tahu kami akan bermain empat perlawanan, empat final dan kami mahu mencapai apa yang diinginkan,” kata Kluivert dalam satu sidang media di Jakarta.

“Apa yang paling penting adalah untuk mendapatkan keputusan dan impaknya.”

sumber:-BH

Kluivert menandatangani kontrak selama dua tahun dari 2025 hingga 2027 dengan pilihan dua tahun lanjutan, menurut Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI).