sukan

Legenda Penang rebah meninggal dunia ketika beraksi atas padang

Insiden tidak diingini berlaku apabila penjaga gol legenda Penang, Firos Mohamed, telah meninggal dunia sewaktu beraksi di atas padang di Manjung, sebentar tadi.

Firos menyertai Kejohanan bola sepak 4 penjuru ‘Legend All Stars’ Piala Dr. Zambry Abd Kadir yang secara rasminya berlangsung hari ini.

Menurut perkongsian wartawan Astro Arena, Ainul Abd Rouf, Firos rebah dan tidak sedarkan diri dan mengakibatkan situasi bertukar tragis dengan kemasukan segera pegawai perubatan, dan terus dibawa ke hospital.

sumber:- stadium astro

Firos pernah menjadi bintang Harimau Kumbang sekitar era 90-an dalam Liga Malaysia (Liga-M) sebelum mengumumkan persaraan, namun kekal aktif bermain bola sepak selepas itu.