sukan

‘Level Timor Leste dengan Thailand ibarat langit dan bumi’

KUALA LUMPUR: Thailand seakan memberi amaran awal mengenai misi mereka dalam saingan Piala ASEAN 2024 apabila membenam Timor Leste 10-0 pada aksi pembuka tirai Kumpulan A di Stadium Hang Day, Vietnam, hari ini.

Skuad kendalian Masatada Ishii itu mudah meratah Timor Leste dengan berjaya mendahului perlawanan seawal babak pertama menerusi jaringan Ben Davis pada minit keempat dan 32, Patrik Gustavsson (m-17), Suphanat Mueanta (m-28).

Bersambung di babak kedua, Thailand seakan tidak memberi ruang selesa buat Timor Leste apabila terus mendominasi permainan dengan mencetak enam gol masing-masing menerusi Suphanat pada minit ke-54, Seksan Ratree (m-56, 61), Teerasak Poeiphimai (m-79, 92), Nicholas Mickelson (m-93).

Turut berada dalam Kumpulan A adalah Malaysia, Kemboja dan Singapura.

Terdahulu, Malaysia diikat 2-2 dengan Kemboja di Stadium Olimpik, Phnom Penh dan kini berada di kedudukan ketiga dalam carta.

sumber:-BH

Harimau Malaya dijadual melayan kunjungan Timor Leste di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Rabu ini sebelum bertandang ke laman Thailand di Stadium Rajamangala, 14 Disember nanti.