sukan

Lewandowski ledak hatrik

VITORIA-GASTEIZ, Sepanyol: Hatrik babak pertama Robert Lewandowski membantu Barcelona menewaskan Deportivo Alaves 3-0 dan mengukuhkan kedudukan penyerang Poland itu di puncak senarai penjaring terbanyak La Liga musim ini.

Hatrik Lewandowski menjadikannya pemain pertama menjaringkan 10 gol La Liga musim ini dan kedua di liga tertinggi Eropah selepas Erling Haaland dari Manchester City di Liga Perdana Inggeris.

Kemenangan itu meletakkan Barcelona di puncak dengan 24 mata, tiga di depan Real Madrid manakala Alaves di tangga ke-12 pada 10 mata.

“Terdapat hantaran-hantaran baik dan ia menjadikan lebih mudah buat saya menjaringkan gol. Kami bermain sangat baik dari minit pertama, kami mahu menyerang dan menjaringkan gol.

“Menjaringkan tiga gol di babak pertama membuatkan anda lebih menguasai babak kedua,” kata Lewandowski.

sumber:-BH

Lewandowski kini sudah meledak 12 gol dalam 11 perlawanan di semua pertandingan musim ini. – REUTERS