RIYADH: Kehadiran ramai pemain Senegal dalam Liga Pro Saudi (SPL) memberi manfaat kepada pasukan kebangsaan kerana tahap pertandingan yang tinggi, kata penyerang Al-Nassr, Sadio Mane semalam.
Mane, yang dinobat pemain terbaik Afrika dua kali, memulakan musim bersama Al-Nassr dengan mantap, menjaringkan dua gol dan melakukan lima umpanan gol dalam enam perlawanan beraksi di samping pemain terhebat sepanjang zaman Cristiano Ronaldo.
“Kami semua dalam pasukan kebangsaan Senegal,” kata Mane kepada SPL. “Sudah tentu, kadang-kadang kami bercakap mengenai liga dan banyak perkara lain.
“Ia satu liga kompetitif, jadi ramai bintang ternama mahu datang, seperti Kalidou (Koulibaly), Habib (Diallo). Mereka semua pemain penting buat pasukan kebangsaan kami, jadi hakikat mereka berada di sini turut memberi manfaat kepada pasukan kebangsaan.”
“Ginni seorang daripada rakan karib saya,” kata Mane. “Bersama Ginni, ia lebih daripada bola sepak, kerana hubungan kami hadir secara semula jadi.”
Pemenang Liga Juara-Juara dan Liga Perdana Inggeris bersama Liverpool, Mane masih mengintai peluang memburu trofi kejuaraan bersama Al-Nassr.
“Masih terlalu awal untuk berbicara mengenai memenangi liga,” katanya. “Kami tahu apa objektif kami, untuk muncul juara… objektif kami adalah menang segala-galanya.”
Mane berkata tahap pertandingan dalam liga Saudi sudah meningkat.
sumber:-BH
“Setiap pasukan meningkatkan tahap masing-masing. Itulah yang diharapkan peminat bola sepak, jadi ia memberi manfaat kepada kejuaraan.” – REUTERS