KOTA BHARU: Ketua jurulatih Kelantan Darul Naim (KDN) FC, Park Jae Hong berharap anak buahnya dapat meraih kemenangan ke atas Perak dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, malam esok.
Pengendali dari Korea Selatan itu berkata, kemenangan dalam aksi itu amat penting bagi menebus kekecewaan selepas tewas kepada Kedah Darul Aman (KDA), 12 Julai lalu.
Malah, beliau berkata tiga mata penting menjadi buruan pasukannya untuk memperbaiki kedudukan skuad Kijang Emas dalam liga.
“Pertembungan ini sangat penting kerana kami tidak mahu pasukan terus ketinggalan jauh dengan pencabar lain.
“Kami mungkin boleh keluar daripada zon penyingkiran jika berjaya menewaskan Perak,” katanya.
KDN ketika ini berada di kedudukan ke-12 dalam carta liga, berkongsi tiga mata bersama pasukan tangga ke-11, Perak dan Negeri Sembilan di tempat tercorot.
Selain itu, Jae Hong percaya barisan pemainnya akan bermain mati-matian untuk memastikan skuad itu tidak melepaskan peluang meraih mata penting.
sumber:-BH
“Semua pihak kecewa dengan kekalahan sebelum ini terutamanya penyokong. Justeru saya yakin pemain akan bermain mati-matian untuk meraih kemenangan,” katanya.