sukan

Liga Super: Keputusan aksi NSFC bertemu Kuching City

SEREMBAN: Negeri Sembilan FC (NSFC) menamatkan aksi terakhir Liga Super musim ini dengan kekalahan 1-3 kepada Kuching City FC di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

Skuad Hobin Jang Hobin dikejutkan seawal minit ke-15 apabila Jordan Mintah menyempurnakan sepakan penalti selepas semakan Video Bantuan Pengadil (VAR) mengesahkan kekasaran dalam kotak penalti.

Pelawat terus menambah derita tuan rumah apabila Petrus Shitembi memanfaatkan kesilapan pertahanan NSFC untuk meledak gol kedua pada minit ke-36.

Anak buah K. Nanthakumar cuba bangkit di separuh masa kedua dan berjaya merapatkan kedudukan menerusi rembatan A. Selvan pada minit ke-71 selepas situasi kelam kabut dalam kotak penalti Kuching City.

sumber:- BH

Jaringan itu bagaimanapun tidak mampu menafikan kehebatan Kuching City apabila pelawat dihadiahkan sepakan penalti pada masa kecederaan dan disempurnakan dengan baik oleh Mintah untuk gol ketiga pasukan pelawat.