ALOR SETAR: Kedah Darul Aman (KDA) FC menepati jangkaan apabila mudah melakar kemenangan berdepan Kelantan Darul Naim (KDN FC) 3-0 pada saingan Liga Super di Stadium Darul Aman sebentar tadi.
Kemenangan ini juga meneruskan momentum yang disasar Sang Kenari selepas berjaya mengutip tiga mata penuh ketika menang 1-0 menentang Penang FC pada 22 Jun lalu seterusnya meletakkan pasukan di tangga kelima liga.
Gol pertama Kedah terhasil pada minit ketujuh hasil gerakan cantik pemain bek kanan Rizal Ghazali.
KDN FC cuba bangkit dengan serangan yang digerakkan pemain import, Valdumar Augusto dan Kyeonghwan Bae pada minit ke-13 yang mengkucar-kacirkan bentang Kedah namun pengadil mengesahkan kedudukan mereka ofsaid.
Ketajaman yang ada pada penyerang Kedah, Syafiq Ahmad tidak disia-siakan apabila pemain berjersi 28 itu meledak gol kedua Sang Kenari pada minit ke-57 hasil rembatan cantik sekali gus menewaskan Muhaimeen Mohamad yang kurang bersedia.
Stadium Darul Aman terus bergema apabila Sang Kenari menambah koleksi gol menerusi jaringan ketiga pada minit ke-72 pemain sayap, Sony Norde selepas mendapat hantaran dari penyerang, Milos Gordic dalam kotak penalti Kelantan.
sumber:-BH
Kedudukan berkenaan kekal tingga tamat perlawanan.