sukan

M.Salah berjaya atasi rekod Lagenda Arsenal

London: Mohamed Salah mengatasi pencapaian legenda Arsenal Thierry Henry dalam carta jaringan Liga Perdana Inggeris (EPL) sepanjang zaman selepas menjaringkan gol ketika menewaskan Ipswich 4-1, semalam.

Salah meledak gol kedua dalam perlawanan itu sekali gus mengumpul 176 jaringan dalam 285 penampilan sepanjang beraksi bersama The Reds dan bekas majikannya Chelsea.

Jaringan itu membolehkannya melonjak ke tangga ketujuh dalam senarai penjaring terbanyak EPL sepanjang zaman dan mengatasi Henry yang menamatkan kariernya di liga tertinggi Inggeris dengan 175 gol dalam 258 perlawanan.

Salah pastinya mahu mencatat jumlah lebih daripada itu dengan rekod 177 gol milik bekas pemain Chelsea Frank Lampard menjadi sasaran selepas ini.

Sergio Aguero (184) dan Andy Cole (187) kedua-duanya tampak bakal kehilangan tempat dalam carta dengan Salah kini berada di kemuncak prestasi.

sumber:-HM

Jaringan ketika menentang Ipswich juga yang ke-100 buat Salah di Anfield dalam saingan EPL. Sejak pertandingan bermula pada 1992, tiada pemain meledak sebanyak itu untuk Liverpool dengan pencapaian terbaik menerusi Robbie Fowler dengan 85 gol.