sukan

Man Utd boleh hidup tanpa bola sepak Eropah — Ruben Amorim

Ketua jurulatih, Ruben Amorim, tidak mempercayai bahawa ia adalah sukar untuk Manchester United layak ke Liga Juara-Juara Eropah (UCL), walaupun berharap mampu memenangi Liga Europa (UEL), awal pagi nanti.

United mengharungi musim domestik terburuk mereka sejak tersingkir daripada pada 1973/74, dengan menduduki tangga ke-16 Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan berbaki satu perlawanan.

Selain peluang untuk memenangi trofi sepanjang kempen edisi kali ini, final UEL menentang Tottenham Hotspur boleh menawarkan United laluan ke UCL untuk 2025/26.

Amorim, bagaimanapun, tidak fikir tekanan untuk layak ke pertandingan itu akan memberi kesan kepada persiapan pasukan, dengan mendakwa The Red Devils cukup besar untuk mengatasinya.

Bekas penhurus Sporting CP itu memberitahu wartawan: “Saya datang daripada sebuah kelab di mana, untuk bertahan dan mengekalkan pemain, anda perlu berada dalam UCL.

“Ini tidak berlaku di sini.

“Kelab kami boleh memperoleh pendapatan tanpa UCL. Ia adalah kelab besar dengan ramai peminat di seluruh dunia.

“Ia adalah jenama besar.

“Kami hanya perlu fokus dan melakukan perkara dengan cara yang betul.”

sumber:- stadium astro

Amorim boleh menjadi pengendali ketiga yang memenangi trofi utama pada musim pertamanya mengendalikan United, selepas Jose Mourinho pada 201617 (Piala Liga Inggeris (EFL) dan UEL) dan Erik ten Hag pada 202223 (EFL).