GOL tunggal Kylian Mbappe membawa Paris Saint-Germain ke final Piala Perancis selepas menewaskan Rennes 1-0 pada Rabu.
Penyerang berusia 25 tahun itu turut terlepas peluang menambah jaringan selepas sepakan penaltinya diselamatkan penjaga gol Steve Mandanda dalam aksi separuh akhir di Parc des Princes, lapor PA Media.
sumber:-SH
Jaringan Mbappe memastikan PSG bakal berdepan Lyon dalam aksi final pada 25 Mei di Stade Pierre-Mauroy dan peluang untuk memenangi piala itu buat kali pertama sejak 2021. – Bernama-PA