sukan

Mbappe sah fail saman fitnah

PARIS: Kylian Mbappe “terkejut” melihat namanya dikaitkan dalam siasatan satu kes rogol di Sweden dan bintang Real Madrid serta Perancis itu akan mengambil tindakan undang-undang kerana fitnah, kata peguamnya kepada AFP semalam.

Peguam Mbappe, Marie-Alix Canu-Bernard menegaskan ketua pasukan kebangsaan Perancis itu “tenang” kerana “dia tidak melakukan sebarang kesalahan”, susulan laporan media di Sweden menyatakan pemain itu menjadi suspek selepas berkunjung bersama rakan ke Stockholm.

Pendakwa raya Sweden berkata awal semalam siasatan kes rogol sudah dimulakan tanpa menyebut nama Mbappe.

Akhbar Sweden, Aftonbladet dan Expressen, selain badan penyiar awam SVT, melaporkan Mbappe menjadi sasaran siasatan, selepas dia berkunjung ke bandar raya itu selama dua hari minggu lalu.

Bercakap kepada AFP, Canu-Bernard berkata Mbappe “meminta pejabat saya tidak mengendahkan perkara sebegitu kerana mustahil untuk membiarkan diri anda difitnah sebegitu rupa.”

sumber:-BH

“Itulah sebabnya kami akan memfailkan saman kerana fitnah.”